Friday 18 April 2014

SAYA TAHU, KAMI TAHU... suatu rentetan

rentetan dari status FB yang dah pun dipaparkan malam tadi



okay, x da la rentetan mana pun.

saya tahu, kamu sangat bersungguh-sungguh bila buat kerja kamu
saya tahu, kamu berusaha sehabis baik untuk letakkan diri kamu dalam senarai kebangsaan
saya tahu, ia menyebabkan kamu terlalu sibuk dengan jadual latihan yang padat
dan saya tahu, masa kamu sangat-sangat berharga walaupun sesaat.

saya tahu, kamu ada terima tawaran dari negeri dan pasukan lain
saya tahu, kamu ada bercita-cita bertukar angin
tapi, mak, ayah, keluarga awak dan saya tidak menyokong
kenapa?
kami takut kamu berubah
sebab kami perhati mereka yang bertukar angin ke sana lupa diri, sosial tinggi,
'WAGS' berkelas tinggi cantik lagikan bergaya
itu yang kami takut
itu yang saya takut

saya tahu, kamu seorang yang merendah diri walaupun sebenarnya kamu hebat
saya tahu, kamu tidak pandai bercakap dengan gaya yang formal bila ditemu bual sebab saya tahu itulah kamu
saya tahu, kamu disayangi penyokong kamu, walaupun perempuan. tak apa, saya faham
saya tahu, kamu boleh jaga diri, adab dan kehormatan kamu
dan saya tahu, kamu tak cepat berubah
walaupun itu yang kami semua takutkan

apa sekali pun
saya harap, kamu menjadi seorang yang dapat membanggakan keluarga, negeri dan juga negara
saya harap, kamu tak lupa mak, ayah, along, ngah, kak ema dan shah dalam setiap apa yang kamu lakukan
saya harap, juga berdoa agar kamu tidak pernah lupa Allah SWT, dalam setiap perbuatan yang kamu lakukan
saya harap, kamu bebas dari sebarang kecederaan yang teruk
saya harap, kamu terus bekerja bersungguh-sungguh menjadi nakhoda pasukan
saya harap, prestasi dan skil kamu bertambah baik hari ke hari
saya harap, kamu terus bermain sepenuh hati, bukan kerana wang
dan saya harap, kamu tak cepat berubah dan lupa diri

saya ikhlas
kami ikhlas
TerimaKasih 7

No comments:

Post a Comment