Wednesday 26 December 2012

terlalu jauh berfikir.

suatu malam yang x buta yang membuatkan sesetengah orang masih celik mengadap nota2, tetiba mesej berbunyi...
lalu diambil telefon itu dan dibuka.
bila dibuka, ini yang terbaca:

"nnti anak kita nk p hantaq sekolah mana? Khir Johari ke Aman Jaya?"

what? terlampau jauh kehadapan beliau memikirnya...
hahaha...



nak hantaq p sekolah Telok Panglima Garang boleh? =D

Monday 24 December 2012

once again

senarai pemain yang dipanggil wakil negara dah keluar..
lalu aku pon tengok..
ehh..stop...
okay nama beliau tersenarai sekali lagi.
jadi,
hilang lagi masa untuk bersama...
btw,
good luck lah ye, jangan hampakan orang kampung...
hahaha...

Monday 1 October 2012

persoalan?

pernahku tanya kepadanya mengapa DIA memilih AKU?
AKU pernah mempersoalkan kepadanya mengapa DIA tidak memilih ARTIS, MODEL atau mana-mana GADIS yang jauh lebih cantik dari AKU,sama seperti apa yang rakan-rakannya lakukan?
ya, AKU lihat, sudah menjadi trend rakan-rakannya memilih MODEL mahupun ARTIS.
DIA?
tersenyum dan berdiam sahaja.. mungkin DIA tidak mahu dirinya disamakan dengan rakan-rakannya...

Sunday 30 September 2012

Bola itu Ball

Piala Sultan Selangor Ke-11 sudah pon tamat..
Alhamdulillah Selangor menang dengan 3 gol berbalas 1 setelah kali terakhir Selangor memenangi piala neh pd tahun 2008 yg lalu...
dan aku juga turut bertuah sebab dpt tgk live kat stadium Shah Alam apabila Beliau mengajak aku utk menyaksikan perlawanan ini bersamanya...
kagum ngan beliau sebab Beliau neh bukanlah peminat pasukan selangor, apetah lagi pemain selangor (lps neh akan ku pujuk Beliau untuk memilih Selangor, kot2 boleh main utk Selangor)..
tp Beliau kata, Beliau ingin menyaksikan perlawanan yg ada disertai pemain senior...
katanya bolehlah Beliau menimba sedikit ilmu dari corak permainan mereka...
selain beliau ingin berjumpa dgn rakan2 Beliau serta memberi sokongan moral kepada rakan2 Beliau yang bermain pada perlawanan tersebut...


Apapun, terima kasih  =)
terima kasih Mugen RR kerana membawa kami sampai ke Stadium Shah Alam dgn selamat & berjaya menempuh kesesakan...haha...

TAHNIAH SELANGOR...
VIVA SELANGOR....

Wednesday 19 September 2012

kehidupan kampus kembali

masuk semula ke kampus untuk meneruskan pengajian... waa... adakah aku masih x letih @ serik untuk menjadi seorang mahasiswi yg rutinnya digelumangi dengan kuliah, tugasan, penulisan & peperiksaan???
haha..
bagi aku, ilmu tuh perlu dituntut selagi mana kita mampu.. insya'Allah aku mampu...

masuk blaja balik kat kampus neh, aku x bernasib baik utk dpt tinggal kat kolej lama.. ya, kolej pak berahim yaakub Ibrahim Yaakub atas alasan, x de kekosongan buat masa neh.. jadi aku decide utk apply dok kolej keris mas sajalah...nk try persekitaran baru.. main kejar2 bas bila nk pegi kuliah, join event yg happening sampai pening, dekat dgn stadium utk aku cuci mata beriadah bila berkesempatan.. buat masa neh, semuanya ok je...

sejujurnya, aku x penah terfikir pon nk dok KKM neh walaupon dulu rajin melepak kat KKM neh.. ya, kalau dulu, aku kerap pegi KKM sbb nk jumpa pengetua KKM, Dr Ruslin sbb beliau neh penasihat kelab yg aku join.. so sangat keraplah aku ke KKM utk jumpa pengetua, selain aku date jumpa dgn tapaware serta keluarganya pabila mereka sekeluarga dtk ke UKM.. oh ya, sebelum terlambat, kepada tapaware, sila tebas rambut kau yg mulai memanjang dan sememangnya sudah sedia semak sebelum tiba hari konbokesen kau nnti.. karang jeles canselor tgk rambut kau tuh nnti.. haha...

haha.. maka, sepanjang 1 semester sy akan dok kat KKM neh.. semester akan dtg, x sapa tahu aku... jadi, saya akan nikmati kehidupan kat KKM dengan hati yg ikhlas & .... juga mula tanamkan hasrat utk dpt 4.00 tiap sem dengan persekitaran pembelajaran di KKM yg sangatlah kondusif (x salah kalau berharap begitu)..
dan yang paling penting, AKU MAHU GOT (Grad On Time)... GOT tuh tersangat-sangatlah penting...

Friday 17 August 2012

TASIK ITU

hari masuk opis yg sangat memboringkan.. sbb tinggal aku ngan PT seksyen aku ja yg tinggal kat opis neh... yg lain, dah selamat pulang ke kampung memasing..
aku? x de kampung jauh2, hari2 aku balik kampung.
so, balik awal, lepak tempat yg menjelmakan rasa rindu aku kat sorang kawan neh.
tasik putrajaya. stp kali dok situ, aku ingat kat kau Khalil. nak2 bila bulau puasa, lepak kat situ...
sbb ko yg bawak kami berbuka kat situ bila slh sorang kawan aku menyatakan hasrat nk pergi berbuka kat tasik tuh..

so, Khalil, get well soon... ada rezeki + umur aku masih panjang, jumpa lagi lah kita.

Thursday 19 July 2012

kisah kementerian, budak sekolah & telefon bimbit

baru2 neh, keluar berita pasal budak2 sekolah boleh bawak telefon bimbit pegi sekolah.. maka dalam kepala aku, bila bebudak neh pergi sekolah nnti, dorang mesti show off henpon cecanggih...lps berita pasal boleh bawak henpon pegi sekolah tuh keluar, esoknya jugak bebudak sekolah bawak tepon sambil show off & mengatakan, kat berita bgtahu boleh bawak henpon pegi sekolah (bukti dari slh sebuah sekolah yang ada kat sekitar putraberjaya...huhu) aku yakin, kat sekolah2 len pon ada gak kes camneh.

"Lebih 90 peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah."
(sumber : Berita Harian, 19 Julai 2012)

ya..pendapat aku pon, aku x kan setuju dengan cadangan tuh walaupon cadangan tuh dikatakan boleh beri kesan positif kat student. sbb bagi aku, bawak henpon pegi sekolah akan ganggu proses pengajaran & pembelajaran..tahu..nnti cekgu dok mengajo kat depan, pelajar kat belakang sebok dok bertasbih (tup...tap...tup...tap... tekan henpon).

terfikir, kenapa kementerian usulkan cadangan tuh???

Wednesday 6 June 2012

sama nama, lain edisi keluaran

bila sebut SUZUKI SWIFT...
mesti korang bayangkan kereta yang comel, berkilat, baru2, gah kat jalan raya...
dan aku pasti SUZUKI SWIFT yg korang bayangkan...


SUZUKI SWIFT yang baru...

ya, memang rata2 akan membayangkan seperti gambar di atas bila sebut SWIFT...
haha...
harga pon buat masa neh, x mampu aku nak bayar cash...
so, dapat model yang lama pon ok pe...

mesti ada yang menjeling sambil tersenyum sinis bila nampak keta gini kat tengah2 highway

yg neh Swift gak... cuma tulisan Suzuki Swift yg ada pada edisi 1997 material dia cam plastik rse, dan tulisan yg ada pada edisi yang terkini berharga sampai puluhan ribu *belum mampu untuk terbeli buat masa neh* material dia berkilat... huhu...

yang penting, pandu dengan cermat, jiwa pon selamat
&
elakkan hutang semasa membeli kenderaan, lebih2 lagi kalau anda tuh seorang pelajar (kalau parents korang support bolehla)...

(perlu masuk kelas memandu lagi setelah hampir 2 tahun aku x memandu...)

Saturday 21 April 2012

biar mimpi jadi mimpi terus

adakah duit yang ada akan terbazir kat hot stuff neh?
 owh BB424X....
dalam mimpi sahaja aku mampu memilikimu....

Wednesday 4 April 2012

gam jangan x gam

dalam minggu neh, kecoh pasal pengharaman lagu Zizan ngan Kaka di hentikan perkumandangannya kat redio2...
hohoo....
nape kalo lagu melayu yg dirasakan ada lirik yg timbulkan bermacam2 spekulasi, cepat je kne gam, tapi lagu orang putih yg terang-terangan lagi bersuluh x diharamkan dari ianya terus berkumandang kat redio2...
haih...
sbb kalo aku baca lirik lagu tuh, aku boleh andaikan lagu tuh suatu benda yg positif...mungkin dia lari ke luar negara siap bawak buku kaler merah mlm2 tuh, dia nk g keluar jadi sukarelawan ke... sapa tahu, sbb Malique kalo buat lagu, mmg makna lagu2 yg ditulis sangat tersirat

ok, lagu org putih yg lagi terang lagi2 lah bersuluh...amik 1 cth ja

There’s no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor
So keep in mind all the sacrifices I’m makin’
Will keep you by my side
Will keep you from walkin’ out the door


so, pihak yg terbabit da ambik tindakkan lom???

sampai sini ja la aku mampu taip...

Kisah Jasad dan Jiwa

DRAMA SEBABAK INI TIDAK MELIBATKAN MANA-MANA INSAN SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Mempersembahkan


################
BABAK 1
################
Di suatu malam yang sunyi, pak mat jual topi satu perbualan jarak jauh telah berlaku melibatkan Jasad dan Jiwa yang saling berjauhan antara satu sama lain

Jiwa : Jasad2, awak kat mana sekarang?
Jasad : Saya di Bangi sekarang ni awak...awak pulak kat mana sekarang?
Jiwa : Saya sekarang dah ada di Jalan Cempaka.

kisah ini telah membuktikan bahawa Jasad dan Jiwa berada dalam keadaan bercelaru, walhal sepatutnya Jasad dan Jiwa berada dalam keadaan bersatu bagaikan Nescafe dan CoffeMate... tetapi kisah ini membuktikan bahawa Jasad dan Jiwa kini tidak dapat bersatu seperti Minyak Cap Buruh dan Air Cap Loji Syabas, yang mana bila minyak dicurahkan ke dalam air sekalipun, ianya tidak akan sebati.

Friday 30 March 2012

31 March tarikh selamatkan panda?


rasanya, semua dah sedia maklum yang Earth hour akan dibuat pada 31/3/2012, dari jam 8:30malam sampai 9:30malam... dan semua sedia maklum, bekalan elektrik di sesetengah tempat akan diputuskan... rasanya UKM pon x de elektrik dalam masa sejam tuh (sebagai tanda sokongan katanya)...
kalau sebelum2 neh, aku meraikan Earth Hour tuh kat rumah... dalam gelap pon kami sekeluarga akan membakar lilin atau sentir(pelita dalam bahasa kaum kerabat) untuk menerangi seluruh ruang tempat kami berkumpul, kemudian, akn ada acara main2 bayang2 berlangsung sepanjang satu jam tuh...
tapi tahun neh, aku akan menyambut Earth Hour berseorangan kat dalam bilik disebabkan permohonanku untuk balik rumah x diluluskan... rumate pon x de sbb cuti awal gara2 chicken chop chiken pox...
hurmmm...sorang2 ler aku dlm gelap..(jawapan dari org yg berfikir kedepan : x pe, ade yg temankan... malaikat pencatat kau kan sentiasa ada kat sisi kau)... yolah..

baiklah, berbalik kepada motif asal, kenapa setiap tahun perlu adakan EARTH HOUR?
ok, earth hour neh diadakan sebagai tanda sokongan penduduk dunia dalam mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yang dijana oleh arang batu... penjanaan ini akan menyebabkan pemanasan global berlaku... camne boleh berlaku? sila ambik subjek Climate Change bawah course subject aku...

Boleh ke EARTH HOUR neh membantu mengubah fenomena pemanasan global?
ok, bagi aku, mmg la kalau kita buat menda neh, x kan dapat ubah 100% kejadian pemanasan global neh menjadi lebih baik... kalau nk cegah kejadian pemanasan global, sepatutnya sebelum era(zaman) perindustrian dulu manusia kena buat.. nk buat sekarang mmg dikira agak terlambat... tapi, sekurang2nya, dgn cara kita bagi sokongan kat program Earth Hour neh, kita dapat kurangkan penjanaan tenaga elektrik selama sejam... bayangkan satu dunia x guna elektrik selama sejam... SATU DUNIA OKAY... jadi bermakna, pembebasan tenaga dari aktiviti penjanaan elektrik dapat dikurangkan..

oklah, nk story lebih2 pon, aku bukan reti sangat... blaja subjek Climate Change pon x khatam lagi...
jadi, sebagai tanda sokongan, padamkan lampu atau sebarang sumber elektrik selama satu jam bagi mengurangkan pembebasan tenaga hasil penjanaan elektrik yang diketahui tenaga yg dibebaskan ini akan menyebabkan terjadinya pemanasan global...

jangan jangan takut lagi
jangan jangan takut gelap
ku bukan orang yang takut gelap
jangan jangan takut gelap...
dok dalam gelap cuma sejam je
oh kalau betul sayang bumi dok diam dalam gelap tu
oh jika betul cinta bumi sila2lah sokong
oh jika ampa x sokong, makin panaslah bumi


tajuk lagu : JANGAN TAKUT GELAP
lagu asal : Jangan Takut - Nidji
motif digubah : sbb time neh tgh ting tong dgn FYP...


Monday 19 March 2012

tanpa suara

ku mengatur langkahku, jalan tanpa bayang-bayangmu, langit dan bumi setia menemaniku, matahari menyinar tak pernah berpihak padaku, aku kepanasan tanpa perlindunganmu...
hari berganti hari, aku masih teguh menanti, hadir dirimu dalam hidupku ini,
rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari?
namun yakin ku takkan ku temui...
ku takkan pernah cuba berhenti, wajahku mencari cinta.
yang ku tahu hanya untuk diriku, akan ku terus lari, sampai ke hujung dunia, kerna aku tahu akan ku jumpa dirimu, dan aku akan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu.
ku lihat semua gembira bila mengenal erti cinta, senyumanku beri hanya duka, bila ingin teman untuk berbicara.
cinta datang sembunyi andai aku kabur mencari,
hadirlah dalam hidupku ini,
cinta datang engkau pergi bila langkahku cuba untuk mengejar dirimu

#END#

Thursday 15 March 2012

PULANGLAH... not bad

kiniku sedari kesunyian tanpamu
haruskah ini berakhir
ku perlukan dirimu...

pulanglah sayangku
pilangkanlah diriku
tiada makna hidupku tanpamu....

di manakah diriku di hatimu
ku mahu seperti dahulu...

kau lupakan diriku
kian lama ku mencuba untuk bahagiakan dirimu
untuk suluh hidupku...

dan engkau relakan hatiku
lupakan diriku
kau bukan yang dulu
selamat tinggal sayangku

PULANGLAH
by : Bo Amir Iqram



Monday 12 March 2012

berubahlah

baru mendapat khabar dari seorang teman di USM..
ade satu kes bunuh diri...
student tuh terjun dari bangunan kediaman dlm tengah hari td...
x tahu la mati ke x.. sbb aku x sempat nk tnye...huhu

k, berbalik pada isu bunuh diri atau cubaan bunuh diri (cth: men terjun-terjun kat bangunan tinggi, minum racun, dsb) dalam kalangan pelajar terutamanya di IPT cam agak slalu dgr... kat tmpt yg aku blajar neh pon de gak kes cam neh suatu ketika dulu... memang x dinafikan, pelajar di IPT neh ada kecenderungan untuk berbuat demikian..tapi..

KENAPA IANYA BERLAKU?
KENAPA X SAYANG NYAWA?

pada pendapat aku, perkara2 tuh berlaku sebab STRESS....
stress ngan essemen, exam, result yg x membanggakan dan RASA KESUNYIAN...

nape aku highlightkan RASA KESUNYIAN tuh?

tahu x, bila seseorang tuh stress, dia perlukan banyak sokongan... ya, slalu kita dgr kalo org stress, dorang nk bersendirian... tapi x leh biarkan mereka yg stress tuh bersendirian...
dan tahukah kamu2 bila seseorang tuh stress, dia perlukan seseorang atau berorang-orang untuk luahkan sebahagian tekann yg dorang alami dengan kawan2 sekeliling dorang. dengan cara luahkan perasaan, dorang akan berasa lebih tenang...
kalau terus dibiarkan kesunyian tanpa perhatian, apa yang akan terjadi...
CUBAAN BUNUH DIRI ATAU BUNUH DIRI...
(sme la tuh)
sbb dorang yg stress rasa sunyi bila x de perhatian, dan perasaan ingin menamatkan zaman bujang nyawa dorang adalah sangat membuak-buak...


ini seni parkour...bukan cubaan bunuh diri dengan terjun bangunan...
*takut nk bubuh gambar bunuh diri...


jadi, dok blaja kat IPT neh, jgn la amalkan sikap jaga diri sendiri ja.. jaga jugak rakan sekeliling anda... jgn pulak kawan tuh x kaya, x cantik, x genius, korang wat derk je... memangler dunia neh kadang x adil... tapi kita boleh ubah tuh... kalau semua amalkan sikap ketidakadilan, sampai bila dunia nak adil... ampa sokong parti keadilan rakyat pon belum tentu dunia neh jadi adil... apetah lagi Malaysia (owh, ini bukan berkaitan dengan politik, hanya sebagai cth)

maka BERUBAHLAH SEKIRANYA ANDA KISAH DENGAN KEJADIAN BUNUH DIRI
tapi, KALAU ANDA TAK KISAH, SILA TERUSKAN HABIT KORANG YANG YANG TAK AMBIL KISAH PON PASAL KEJADIAN NEH SAMPAILAH KEJADIAN TUH BERLAKU TERHADAP ADIK, KAKAK, ABANG ATAU SAHABAT KARIB ANDA SENDIRI...
dan yang penting...
BERPEGANG TEGUH DENGAN AJARAN AGAMA, PASTI KEJADIAN SEPERTI INI TIDAK AKAN BERLAKU TERHADAP DIRI ANDA.

sekian....

Wednesday 7 March 2012

sibuk, menyibuk, buat-buat sibuk?

I NEED AN EXTRA JOB

ye, memang pon... untuk memudahkan aku melupakan memori yang tak sepatutnya aku ingat...
ya, aku dah dapat extra job tuh..tp x de upah (asalkan aku mem'bz'kan diri)
pergi ke Terengganu untuk menjaga telur-telur penyu serta penyu bertelur....

sumber: dari incik gugel


kerja2 lain yg sedang dilakukan:
1- edit balik tesis dari bab 1(nasib baik sikit je yg perlu diedit), bab 2 (tukar cara ulasan, bukan memuntahkan balik kajian orang) ngan bab 3(nanti2 ler edit)
2- lyn movie citer lagho (bila masa wujud muvi2 kat PHD aku?)
3- menghapus memori (format balik memori kat dlm otak)
4- potong bawang berjam-jam sampai mate berair (bila masa pulak wujudnya bawang?)
5- date dgn incik stadium ukm atau incik tasik kejut lps subuh 3 kali seminggu (kne bangun awal)

dan aku x kisah kalau esok, ada classmate aku tegur pasal mata sembab, mata panda, muka baru bangun tido, mata bengkak dan yang seumpama dengannya...

Tuesday 6 March 2012

lagu yang sedang memerli aku

aku yang mengejar bayang cinta
kian terbiar
terpendam keta tak terungkap selamanya

pedihnya hanya aku yang merasa
mahu memilikinya
aku hanya hamba cinta

bisik hatiku lepaskan dirinya
sungguh aku tak bisa
biarlah ku sendiri
tanpa kasih dihati
aku tak mampu pertahankan lagi
cinta yang menyakiti
biarlah aku pergi
tiada hampa dihati

pedihnya hanya aku yang merasa mahu memilikinya
aku hanya hamba cinta

bisik hatiku lepaskan dirinya
sungguh aku tak bisa
biarlah ku sendiri
tanpa kasih dihati
aku tak mampu pertahankan lagi
cinta yang menyakiti
biarlah ku pergi tiada hampa dihati

aku yang mengejar bayang cinta
#SHAHIR-PENDAM#

ye.. memang lagu neh sedang memerli perasaan aku..
bahkan, bukan lagu neh je, banyak lagi lagu lain yang kini sedang memerli aku...
bak kata yuna:
DAN LAGU-LAGU DI RADIO SEOLAH-OLAH MEMERLI AKU
#FOREVERALONE SEKALI LAGI#


#END#

Monday 27 February 2012

GADIS DAN DUMBBELL

“kau selalu guna dumbbell, x takut lengan jadi besar ke?”

Tu la pertanyaan rakan2 gadisku bila ternampak kewujudan dumbbell d bilik aku. Dan jawapan aku mudah

“memang lengan aku dah sedia besar pun.”

Aku rasa, ada je gadis-gadis lain exercise guna dumbbell. Kat gim macam la x penah nampak orang perempuan guna dumbbell. Nak2 dekat fitness first. X pun, dekat gim, gadis yang teruja nak cuba semua menda kat dalam gim tu, sah2 dorang turut teruja nak main dumbbell tu.

Tapi exercise menggunakan dumbbell ni ada manfaatnya terutamanya kepada otot. Dengan penggunaan yang betul, latihan menggunakan dumbbell dapat meningkatkan daya tahan otot, dapat membina kekuatan otot, membantu membina kepadatan tulang(berserta dengan pengambilan kalsium yang mencukupi), dan yang ni aku yakin, para gadis gerenti suka, dapat membentuk tubuh yang lebih cantik & membantu mengurangkan lemak pada tubuh. Itu pun kalau dilakukan dengan cara yang betul dan sistematik. Disarankan lakukan sebanyak 2 hingga 3 kali dalam seminggu.

dumbbell yang comel2 je... x de yang berat2...


Tapi org perempuan x digalakkan guna dumbbell yang beratnya lebih dari 5kg.. karang terlebih otot plak yang terbina. X pasal tergugat para jejaka bila tengok otot yang korang ada. hehe…


**kalau x payah guna dumbbell pun x pa, angpa boleh guna beban lain cam angkat 1 guni beras 5 kg ka..kalau rasa berat sangat, angkat la 1 bungkus gula 1kg tu, buat ala-ala senaman menggunakan dumbbell.

Friday 24 February 2012

x kan menjadi kenyataan

x sampai seminggu pon sesi pengajian utk semester 2 bermula...
tapi...
aku dah terasa cam nk balik tetiap minggu...
kalo boleh nk balik tetiap hari(baik x yah dok kolej kalo nk balik tetiap hari)



home sweet family (apekebetoi ayat aku neh)

Thursday 19 January 2012

angkara politik, ape pon x boleh.....

baca khutbah jumaat utk seru supaya x join buta perkara2 yg boleh memudaratkan pon kne gantung?
nasihat org x join demo2 kne gantung...
haih...
politik2...
membelakangkan nasihat kedamaian utk kepentingan politik
kata parti ISLAM...
ISLAM ada ajar umatnya buat mende2 yg boleh memudaratkan @ menyusahkan org awam ke?


Friday 6 January 2012

apa yang bermain di benak fikiranku

bulan2 peperiksan untuk mahasiswa/i di seluruh Malaysia (mungkin)
aku nak ucapkan all the best untuk semua yang sedang menduduki peperiksaan semester sekarang...

 x kisah la siapa anda...
seorang pelajar yang tiap2 sem dpt anugerah dekan...
ataupun
seorang pelajar yang tiap2 sem kena perli ngan lectrr, kuarga atau kawan2 sbb slalu dpt pointer yang x memuaskan
luarannya kita tetap sama...
MANUSIA..
cuma yang membezakan kita adalah arah tuju kita pada masa hadapan...
semuanya terserah kepada diri kita...
tingkahlaku kita sekarang merupakan petunjuk siapa dan bagaimana kita pada masa hadapan...

Thursday 5 January 2012

EXAM DIARY 2012 part 1

preparation for first paper...

gini hah...
yola, first paper.. nebes..
tuh yg x teratur tuh...

maka ini dok study la pasal Akta 172, Akta Perancangan Bandar & Desa...
dok ingat bahagian III, seksyen 7, 9, 10, dgn kurungan2 berapa dah...
dah supo student law lak nak dok hapai akta2 neh...
pahtu study pasal teori ketidakseimbangan pembangunan wilayah...
dah rse cam seorang PERANCANG BANDAR pon hado jugok...
haha... angan2 blaka semuanya tuh...


preparation for second paper...

agak tersusun sikitla...
kurang nebes..
tapi jawab exam ntah macam hape ntah...

aku dok study pasal renewable energy, green tech, green building index,konsep kemudahterancaman menurut pandangan pakar....
Mitchell(1989): potensi utk dilukakan
Bankoff(2004): merupakan satu konsep yg mengaitkan hubungan bahawa manusia mempunyai persekitaran mereka yg mmpengaruhi keadaan sosial srta institusi & nilai budaya mereka.
Timmerman(1981): sejauhmana sesuatu sistem bertindak buruk dgn berlakunya peristiwa bahaya. Tahap & kualiti tndk bls yg lebih bersifat menentang oleh sstm utk serap & pulih drpd kjdian itu.
UNEP(1999): kemudahterancaman bkn shj terima rangsangan, ttpi kbolehan utk menyesuaikan diri dgn keadaan perubahan iklim.
Cannon(1994): pengukuran darjah & jenis pendedahan kpd risiko yg dihasilkan oleh msykt yg berlainan, yg berkait kpd bahaya ciri2 individu & kumpulan orang2 yg mendiami ruang persekitaran, sosial, dan ekonomi.

hado yg sanggup hapai?
alih2 tgk soalan x macam apa yg dijangkakan bentuknya...
maka, aku pon jawab ikut pe yg aku paham...


x kesah la ape pon aku jwb...
adakah hasrat aku nak capai Anugerah Dekan sem neh tercapai??
ataupon aku hanya mampu capai anugerah alur ilmu? x pon anugerah tasik kejut???
nantikan utk paper yg seterusnya....


ingat, result exam dengan usaha sendiri adalah lebih berkat berbanding result exam yg cemerlang, tapi bukan dari usaha sendiri... fikir-fikirkan...