Thursday 21 February 2013

21/2/13. Damailah kau di sana

21/2/13..
hari ini, kau tinggalkan kami semua.
tak ada siapa pun yang jangka kau pergi secepat ini.
ya, ajal maut di tangan Allah, tak kira muda atau tua, cepat atau lambat.
memang mula-mula dapat berita yang kau sudah meninggal dunia disebabkan kemalangan, aku jangkakan itu cuma gurauan, tapi ini realitinya, ia benar-benar berlaku.
Selamat tinggal Faiz,
tenanglah kau di sana,
semoga kau berada bersama golongan orang-orang yang beriman.


Takziah
1 Jun 1989 - 21 Feb 2013
Al-Fatihah

DAMAILAH KAU DI SANA

Saturday 16 February 2013

buat pertama kalinya

ya, buat pertama kalinya aku menempuh situasi sebenar temuduga...
sebelum neh aku x da pengalaman langsung untuk ditemuduga..
lagikan pernah melalui temuduga dengan bakal pak mak mentua dan proses saringan oleh bakal adik beradik ipar... hohooo...

temuduga... dapat sms information pasal temuduga tuh pon aku rasa berbolak balik nak p ka x.. kalu x pergi, kira macam aku tolak rezeki jugak.. jadi aku decide pergi je la walaupun tahu aku x kan terpilih punyalah untuk jawatan tuh.. yala, manusia yang ditemuduga ribu2, jawatan yang kosongnya x sampai 5 pon...
dengan preparation yang x cukup, aku p redah ja la.. dah la lambat atas alasan aku 1 family penat + mengalami demam yang agak luar biasa lebih 3 hari. so dalam keadaan mcm neh, bawak keta pon perlahan. & akibatnya sampai SPA ngam2 pkol 8 pagi... fuhh...
so, redah je la menghadapi temuduga buat pertama kalinya.

JAWATAN: Q41 (Pegawai Penyelidik/Sains Geografi/Remote Sensing)
TARIKH TEMUDUGA: 16/02/2013
MASA: 8:00 Pagi
TEMPAT: S.P.A Kompleks C, Putrajaya

sebelum temuduga, aku suspek, nak tanya banyak pasal Remote Sensing, so aku dah terbayang la nnti dia tanya pasal cahaya panjang pendek, cahaya biru merah hijau macam mana dia punya graf sekian2, pastuh bayangan yang lagi power dalam minda aku dalam temuduga tuh, dia soh buat pemetaan guna sistem remote sensing jam tuh jugak masa temuduga. dah la aku tinggal lama pengetahuan remote sensing tuh.. tapi itu tidaklah berlaku dan nasib baiklah jugak ada sorang cosmate aku dah kena temuduga dulu. so, dia bgtahu la jugak tips2 untuk temuduga.

dan bila tiba giliran aku kena temuduga, aku pon masuklah. ajaib, x ketaq langsung, tapi rasa sejuk sbb terdedah dengan penghawa dingin yang keterlaluan...hahaha... lagipon, masuk2 ja, penemuduga tuh ok, friendly.. dan sesi temuduga aku rasanya berlangsung dalam 19 minit 7 saat gitu la (aku siap set masa tuh) dalam keadaan santai dan sedikit tidak formal... dan paling x boleh blah, penemuduga tuh borak pasal bola sepak untuk dijadikan soalan isu2 semasa... aku x kata kat diaorang pon yg aku minat bola sepak...

apepon, percubaan pertama selesai.. aku x meletakkan harapan yang menggunung untuk jawatan tuh. tapi apa yang aku dapat, pengalaman temuduga dan cara untuk meyakinkan diri untuk berucap kat depan orang.
jadi, kepada sesapa yang satu masa nanti dapat panggilan temuduga, pegi la, jangan tolak rezeki walaupun tiada harapan untuk terpilih.. p ja, mana la tahu kot2 len masa ada lg panggilan temuduga, x da la nebes sgt nnti + x da la nama korang nnti di 'black list' lagi2 kalau panggilan dari SPA...

Friday 15 February 2013

kesan itu

cik memai: piah, napa dengan tangan ko tuh?
cik peah: tangan aku? napa?
cik memai: tuh hah, kat belah kiri tuh. kena sengat tebuan ke?
cik peah: ohooo... x da la, kena sengat dengan doktor.
cik memai: kena the queen of jarum la tuh... dah tuh napa ada merah2 kat tepi dia..
cik peah: oh, aku garu, tuh yg jadi gini.. gatai kot... huhuhu..
cik memai: ke kau yg tengah menggatal, tuh yg rasa gatal2 tuh sampai jadi camtuh.
cik peah: ??? haha..

Tuesday 12 February 2013

1202

DuaBelasHariBulanDua..

sedar tak sedar dua belas haribulan dua beredar..
masuk tahun neh, lapan tahun sudah.
tapi, kenapa dengan tarikh itu?
lapan tahun dah peristiwa itu berlalu...
dan nampaknya sepanjang lapan tahun juga, aku dah berjaya untuk lupakan sedikit demi sedikit kenangan itu.
tahniah la jugak, sebab berusaha juga untuk lupakan kenangan2 itu daripada kesedihan yang menguasai diri... huhuhu...
lapan tahun juga ummi zira jadi seorang wanita yang sangat tabah... 2 orang anak pergi sekaligus, diikuti dengan pemergian suami tercinta ummi zira setahun selepas itu pada tarikh hari kelahiranku pada 2006. dan sekarang ummi zira tiada siapa lagi untuk dijadikan pewaris generasinya. tapi, ummi zira tabah..
kalau ummi zira boleh, kenapa aku tak boleh.

lapan tahun kau pergi tinggalkan kami semua...
semoga kau damai di sana..
Al-Fatihah...