Sunday 29 December 2013

stop!!!!

stop! stop! stop!
aku perlukan ohh
time! time! time!
untuk aku ke duniamu
kerna aku belum lagi mengenali erti cinta

-stop kamu : Wanna Ali-

Thursday 19 December 2013

BUKAN NOMBOR 7

You put me in so much pain
Do you remember us back when the stars were shining?
You hateful person, who has stolen my heart
Hey, it hurts so much right now

(Number nine) Only you can make me laugh
(Number nine) Only you can make me cry
(Number nine) You are my tuxedo mask
The hero who protected me
But you left me and I hate you

I need you number nine, number nine, number nine
Don’t leave me
Did you forget me number nine, number nine, number nine
Without you, I can’t fall asleep at night

It’s because I’m in so much pain
It’s because I’m in so much pain
You, who has taken all of my heart, where are you?
Come back to me number nine

Stop playing games with me
It’s hard being played with
Do you remember the days when we made the figs bloom into flowers?
It hurts so much right now

(Number nine) Only you can make me laugh
(Number nine) Only you can make me cry
(Number nine) You are my tuxedo mask
The hero who protected me
But you left me and I hate you

I need you number nine, number nine, number nine
Don’t leave me
Did you forget me number nine, number nine, number nine
Without you, I can’t fall asleep at night

It’s because I’m in so much pain
It’s because I’m in so much pain
You, who has taken all of my heart, where are you?
Come back to me number nine

I’m addict I’m addict I’m addict I’m addict
I’m addict I’m addict I’m addict I’m addict
When I close my eyes and open them, I’m still here alone
I’m in the dark in the dark I’m dancing in the dark

I need you, don’t leave me
Without you, I can’t fall asleep at night

It’s because I’m in so much pain
It’s because I’m in so much pain
You, who has taken all of my heart, where are you?

Come back to me number nine

Monday 9 December 2013

cabaran

meneman orang lelaki membeli dan membelah sebenarnya sangat mencabar (bagi aku la)
wahai pakdol, len kali kalu ajak aku meneman kau pilih but, pergi pepagi ye.. adalah banyak masa nak memilih but o whateva pakaian yang ang nak beli tuh.. masa ang membeli dan membelah sangat lama kalau nak dibandingkan masa aku memilih, mengharungi, membeli dan membelah buku2 kat The Big Bad Wolf kat MIECC tahu tak..
btw, cun x kasut pink hat aku pilih untuk ang tuh? agagaggaaa....

Friday 4 October 2013

akan ku jumpa

ku menerus langkahku
ku mengejar bayang-bayangmu
sinarkan ku cahaya dari matamu itu
ingin ku temu cinta untuk mengisi ruang hatiku
takkan pernah ku berhenti mencari.

Thursday 3 October 2013

rehat otak 031013

sakit kepala teruk rasa seperti kepala otak dicucuk2 dalam frekuensi yang kerap  + loya + x sedap badan + penglihatan makin kabur
complete!!!
sebab banyak fikir kot, rasanya x da apa yang serius...
Insya'Allah....

Wednesday 5 June 2013

bahagia sementara

bertemu setelah sembilan tahun terpisah,
cinta bertaut kembali setelah sembilan tahun tautan itu terlerai,
bernikah dan kehidupan ketika itu digambarkan seperti "happy ending after"
dan kembali ke Rahmatullah, membuatkan seluruh ahli keluarga merasa sedih.

aku berharap yang semuanya realiti tetapi tidak pada penghujung ringkasan cerita ini

tetapi

ternyata semuanya hanya mimpi
mimpi yang dikatakan sebagai mainan tidur
mimpi yang takkan menjadi realiti
yalah, mana mungkin orang yang telah pergi menemui Illahi hidup kembali

sebenarnya aku hampir dapat melupakan kau, tapi tiba-tiba kau pula muncul dalam mimpi.
apapun, terima kasih sebab gunakan medium mimpi sebagai kaedah untuk kita bertemu dan aku merasa sedikit perasaan bahagia walaupun hanya dalam tempoh 6 jam.

semoga kau tenang disamping pencipta

terima kasih.


Friday 24 May 2013

Wednesday 15 May 2013

kerana....

dek kerana taksub dengan dumbbell..
bahuku bertambah saiz..
okay, nampak besaq nak2 sekarang dah semakin bertambah saiz..
jadi, solusinya, start esok, kena pegi kelas x payah naik bas.. =D

(dumbbell jugak yang salah)

Wednesday 8 May 2013

akhirnya..

5513 telah pun berlalu..
maka hidup warga Selangor (dan rasanya untuk satu Malaysia sekali sebab tersiarnya lagu neh kat tv) bebas dari lagu "sayangi Selangor yakini BN" yang sebelum ini menjadi halwa telinga setiap hari.
warga belia pula bebas dari menerima panggilan dari parti XYZ bertanya khabar pe ke bende ataupun sebarang SMS yang berunsurkan pujuk rayu kepada penerima SMS berkenaan untuk mengundi parti mereka.

apapun, tahniah parti pemerintah yang berjaya mendapat mandat perintah Malaysia untuk tempoh sepenggal ini.

tahniah PR dapat mendat dari rakyat selangor untuk tempoh sepenggal lagi.
(mungkinkah akan dapat menteri besar baru dan siapakah beliau?)

#saya sokong parti ABC, tapi sokong x semestinya saya pangkah parti ABC pangkah kan? hehehe..#

calon2 yang dah menang & dipilih rakyat dalam PRU13 neh, dah menang tuh, buat kerja betul2 untuk rakyat. jangan dok sibuk kumpul harta kekayaan, karang aku jadi pegawai SPRM, habislah ampa (tiada kompromi).

Friday 3 May 2013

kisah awal pagi

Jumaat.
4:41 pagi
pancuran air di bilik air berbunyi.
terfikir dalam hati (monolog dalaman berlangsung)
"waa.. awalnya mandi.. tuh budak2 (crew) dinner kolej baru balik postmoterm dinner sesi senior malam neh kot..huhuhuu.."
monolog dalaman dari arah lain berkata
"baik ang p tengok btoi2 orang ka menda lain"

haish... x mo nk fikir la.. baik aku lyn game Chelsea lwn Basel.. nak2 Chelsea tengah lead sekarang dengan aggregate 5 - 2..
#road to Amsterdam 4 Final Europa League#

Monday 29 April 2013

retype edited: SALAHKAH AKU?

tak seindah hari-hari yang ku idamkan untuk bersamamu,
tiada lagi ruang di hatimu untuk ku curahkan segala apa yang ku rasa. tapi kau tak percaya.

siapa ku di hatimu?
hanya mengganggu hidupmu.

maafkanku, aku tak terdaya membahagiakan kamu.
tiba saatnya, ku kan pergi jua mengakhiri segalanya.

salahkah aku, hanya mahu menyintaimu?
salahkah aku, mendekati hatimu itu?
salahkah aku, sekadar menemani dirimu?
salahkah aku, ku tak bisa meninggalkanmu?

#theMuffins#

Tuesday 2 April 2013

cerpen yang membuatkan aku tersembur ayaq liuq.

lama dah aku x menconteng arang kat blog neh..
k, beberapa hari yang lalu aku telah dipaksa untuk membaca novel. ya kategori dipaksa jugak sbb org tuh dh belikan & bg novel tuh soh aku baca & simpan.. okay, layankan jelah... novel tuh tajuk dia "AKU BUKAN BOLA"..
pusing la sendiri gambaq neh..

memang aku bukan bola..aku manusia.. hehehe... dan sehingga kini, novel tuh aku x abih baca lg. walaupun x abih baca lg, org tuh dok sarankan aku baca satu link kat penulisan2u yg tajuk dia "Tarian Cinta". nukilan yang sama dari penulis novel 'Aku Bukan Bola'.. ok, layankan je la sekali lg... katanya cerpen neh dia tersangatlah konfiden yang aku akan menggemari cerita kat cerpen tersebut.. dan link yang diberikan adalah seperti berikut: http://www.penulisan2u.my/2013/03/novel-tarian-cinta-1/

misi org tuh berjaya setelah aku dipaksa berkali-kali untuk membacanya. sedang aku baca dan baca dengan feel yg agak best (cerpen neh kelakar gak), tetiba ada petikan yang buat ayaq liuq tersemboq sbb... jeng..jeng..jeng.. (teruskan pembacaan anda pada link berikut untuk mengetahui kesudahannya)

k, tata...

Friday 15 March 2013

KUAT?

"sejak dua menjak neh kerap x nampak kau.. slalu keluar.."

yeah.. mmg slalu keluar, tujuan dia, utk tenangkan diri..
nk cari kekuatan katanya..
kekuatan yang x pasti untuk ditemui..
sehingga boleh menjejaskan penghasilan tesis barangkali (mungkin keadaan ini memaksa aku utk menghabiskan study dlm tempoh setahun setengah sehingga dua tahun..)
mcm mana cara nak cari kekuatan? berapa lama boleh bertahan?
berapa lama kau nak simpan sorang2?
mungkin sampai semuanya jadi normal..
dan barangkali sehingga kesakitan sembuh..
mungkin juga sehingga derita dapat diubati..
....
kenapa x luah & share dgn kawan?
(aku hilang kepercayaan, even kat blog neh pon, cerita lebih pon terlepas jugak kat org yg x baca)

#MORAL: Jangan beri sepenuh kepercayaan anda pada orang sekeliling walaupun orang itu kelihatan amat diyakini mereka boleh simpan rahsia.. (moral adaptasi drama "I Miss You")

Sunday 3 March 2013

jika engkau pergi

bermula semua hanya dengan rasa,
ada saja yang tak kena,
rupanya kau berkasih,
menyingkir setia,
sandiwara penuh dusta,
kini ku beri satu amaran,
jangan nanti jadi cabaran,
aku ingin kau memadam kenangan,
menjadi mimpi berterbangan,
jika engkau pergi,
bulan dan bintang tetap masih di langit,
jika engkau pergi,
air mengalir takkan berhenti,
jangan khuatir tentang diriku,
ku janji takkan merindui mu,
bermusim resah hadir membelai,
menyentuh hati kecewa,
janji sehidup semati,
tinggal tiada lagi,
impian hancur deepan mata,
semakin terungkap kepastian,
biarlah ku rela melepaskan,
pada mu cinta cumalah mainan,
sekadar untuk senda bersama,
jika engkau pergi,
bulan dan bintang tetap masih di langit,
jika engkau pergi,
air mengalir takkan berhenti,
jangan khuatir tentang diriku,
ku janji takkan merinduimu,
puas sudah,
ku berikan segalanya,
jalan cerita pun nyata akan,
berubah.

Saturday 2 March 2013

kisahnya

kalau dulu:
"cucu makcik p blajaq sampai diploma ja pon, gaji tinggi ja, pegang jawatan supervisor lg"

ohoo.. bguslah tu makcik, dah rezeki dia dapat reja bergaji tinggi. rezeki org kita x tahu makcik. lgpon, sebenarnyakan makcik, kita x boleh suka2 sgt dengan krja gaji besaq neh, sebab kita x tahu tahap ketensionan dia.

setelah beberapa tahun...
"ang p blajaq tinggi2 apply reja kat kilang ka?"

ohoo.. ayat makcik...
hooolah makcik, saya x kisah reja mana pon, asalkan nnti saya dapat pengalaman bekerja. lagipon, saya x nak penuhkan list siswazah menganggur sebab terlalu memilih kerja.

moral pada kisah ini:
manusia, setiap apa yang kita buat, pasti akan ada yang mengata

Friday 1 March 2013

can i hit u back?


how come si nobita nak buat camneh kat Doraemon yang selama ini banyak membantu dia semasa dalam kesusahan..

Thursday 21 February 2013

21/2/13. Damailah kau di sana

21/2/13..
hari ini, kau tinggalkan kami semua.
tak ada siapa pun yang jangka kau pergi secepat ini.
ya, ajal maut di tangan Allah, tak kira muda atau tua, cepat atau lambat.
memang mula-mula dapat berita yang kau sudah meninggal dunia disebabkan kemalangan, aku jangkakan itu cuma gurauan, tapi ini realitinya, ia benar-benar berlaku.
Selamat tinggal Faiz,
tenanglah kau di sana,
semoga kau berada bersama golongan orang-orang yang beriman.


Takziah
1 Jun 1989 - 21 Feb 2013
Al-Fatihah

DAMAILAH KAU DI SANA

Saturday 16 February 2013

buat pertama kalinya

ya, buat pertama kalinya aku menempuh situasi sebenar temuduga...
sebelum neh aku x da pengalaman langsung untuk ditemuduga..
lagikan pernah melalui temuduga dengan bakal pak mak mentua dan proses saringan oleh bakal adik beradik ipar... hohooo...

temuduga... dapat sms information pasal temuduga tuh pon aku rasa berbolak balik nak p ka x.. kalu x pergi, kira macam aku tolak rezeki jugak.. jadi aku decide pergi je la walaupun tahu aku x kan terpilih punyalah untuk jawatan tuh.. yala, manusia yang ditemuduga ribu2, jawatan yang kosongnya x sampai 5 pon...
dengan preparation yang x cukup, aku p redah ja la.. dah la lambat atas alasan aku 1 family penat + mengalami demam yang agak luar biasa lebih 3 hari. so dalam keadaan mcm neh, bawak keta pon perlahan. & akibatnya sampai SPA ngam2 pkol 8 pagi... fuhh...
so, redah je la menghadapi temuduga buat pertama kalinya.

JAWATAN: Q41 (Pegawai Penyelidik/Sains Geografi/Remote Sensing)
TARIKH TEMUDUGA: 16/02/2013
MASA: 8:00 Pagi
TEMPAT: S.P.A Kompleks C, Putrajaya

sebelum temuduga, aku suspek, nak tanya banyak pasal Remote Sensing, so aku dah terbayang la nnti dia tanya pasal cahaya panjang pendek, cahaya biru merah hijau macam mana dia punya graf sekian2, pastuh bayangan yang lagi power dalam minda aku dalam temuduga tuh, dia soh buat pemetaan guna sistem remote sensing jam tuh jugak masa temuduga. dah la aku tinggal lama pengetahuan remote sensing tuh.. tapi itu tidaklah berlaku dan nasib baiklah jugak ada sorang cosmate aku dah kena temuduga dulu. so, dia bgtahu la jugak tips2 untuk temuduga.

dan bila tiba giliran aku kena temuduga, aku pon masuklah. ajaib, x ketaq langsung, tapi rasa sejuk sbb terdedah dengan penghawa dingin yang keterlaluan...hahaha... lagipon, masuk2 ja, penemuduga tuh ok, friendly.. dan sesi temuduga aku rasanya berlangsung dalam 19 minit 7 saat gitu la (aku siap set masa tuh) dalam keadaan santai dan sedikit tidak formal... dan paling x boleh blah, penemuduga tuh borak pasal bola sepak untuk dijadikan soalan isu2 semasa... aku x kata kat diaorang pon yg aku minat bola sepak...

apepon, percubaan pertama selesai.. aku x meletakkan harapan yang menggunung untuk jawatan tuh. tapi apa yang aku dapat, pengalaman temuduga dan cara untuk meyakinkan diri untuk berucap kat depan orang.
jadi, kepada sesapa yang satu masa nanti dapat panggilan temuduga, pegi la, jangan tolak rezeki walaupun tiada harapan untuk terpilih.. p ja, mana la tahu kot2 len masa ada lg panggilan temuduga, x da la nebes sgt nnti + x da la nama korang nnti di 'black list' lagi2 kalau panggilan dari SPA...

Friday 15 February 2013

kesan itu

cik memai: piah, napa dengan tangan ko tuh?
cik peah: tangan aku? napa?
cik memai: tuh hah, kat belah kiri tuh. kena sengat tebuan ke?
cik peah: ohooo... x da la, kena sengat dengan doktor.
cik memai: kena the queen of jarum la tuh... dah tuh napa ada merah2 kat tepi dia..
cik peah: oh, aku garu, tuh yg jadi gini.. gatai kot... huhuhu..
cik memai: ke kau yg tengah menggatal, tuh yg rasa gatal2 tuh sampai jadi camtuh.
cik peah: ??? haha..

Tuesday 12 February 2013

1202

DuaBelasHariBulanDua..

sedar tak sedar dua belas haribulan dua beredar..
masuk tahun neh, lapan tahun sudah.
tapi, kenapa dengan tarikh itu?
lapan tahun dah peristiwa itu berlalu...
dan nampaknya sepanjang lapan tahun juga, aku dah berjaya untuk lupakan sedikit demi sedikit kenangan itu.
tahniah la jugak, sebab berusaha juga untuk lupakan kenangan2 itu daripada kesedihan yang menguasai diri... huhuhu...
lapan tahun juga ummi zira jadi seorang wanita yang sangat tabah... 2 orang anak pergi sekaligus, diikuti dengan pemergian suami tercinta ummi zira setahun selepas itu pada tarikh hari kelahiranku pada 2006. dan sekarang ummi zira tiada siapa lagi untuk dijadikan pewaris generasinya. tapi, ummi zira tabah..
kalau ummi zira boleh, kenapa aku tak boleh.

lapan tahun kau pergi tinggalkan kami semua...
semoga kau damai di sana..
Al-Fatihah...


Friday 18 January 2013

LapanBelasJanuariDuaRibuTigaBelas

18/1/2013...
tamatlah pengajian semester 1, semester depan, dah kena bercinta dengan incik tesis. so, dari sekarang dah kena pupuk rasa cinta, kasih & sayang kat incik tesis dengan memulakan penulisan bab 1. kalau dulu, tesis degree aku boleh dibuat dalam tempoh masa yang cepat sebab aku rasa itu merupakan tesis yang sangat simple (aku ja yang dok tangguh2 jadi lambat), tapi sekarang, untuk tesis kali neh, aku kena kerja keras sikit. semoga semuanya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan segala urusanku.. Aminnn..

18/1/2013...
detik-detik terakhir merasai kemeriahan Kolej Keris Mas... siap malam2 buta, ada event badminton match kat gelanggang blok aku... kelas kau semah... hehehe...
mungkin sem depan, aku x rasa kemeriahan kolej neh lagi. tapi kalau ada masa, aku akan jenguk2 la kolej neh. makan yong taufu kat KKM ke.. sedap jugak yong taufu kat kolej neh.

18/1/2013
selamat menghantar semua tugasan2 dan take home exam. exam? tentu2lah dah settle.. result? errr.. terletak pada tangan pensyarah2 yang menanda (harap2 masa tanda kertas aku, mood pensyarah time tuh happy + tidak berada dalam keadaan atau situasi stress).. hehehhehe... (^.^)Y

18/1/2013
Assalamualaikum mak, abah.. semoga selamat perjalananku untuk pulang bertemu kalian =)


SELAMAT TINGGAL SEMESTER 1,
HELLO SEMESTER 2,
SELAMAT BERKENALAN WAHAI 3 SUBJEK YANG BAKAL AKU BELAJAR SEMESTER 2 NANTI,
HAI, ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA WAHAI PENSYARAH YANG BAKAL MENGAJARKU...

SEMOGA KITA BERTEMU LAGI WAHAI RAKAN SEKELAS SARJANA PROGRAM PENGURUSAN PERSEKITARAN SESI 2012/2013

Tuesday 15 January 2013

memang x dak harapan nak bawak sendiri

satu petang setelah pulang menjawab peperiksaan terakhir..

abah: anaknye, tanah lot yg kau cari pembeli tuh sukses.pembeli setuju nk on, opsyen dah settle dengan lawyer.
aku: ohooo.. alhamdulillah. eloklah tuh, nnti duit yg dapat tuh boleh betulkan kereta abah.. anaknye nk guna kereta anaknye tuh sem depan.
abah: kereta tuh x payah betulkan, beli je yang lain. baru dari kilang.
aku: beli lain? mana cukup lg abah.
abah: kumpul la sampai cukup, beli cash, x payah hutang2..
aku: dah tuh bila anaknya nak pakai kereta sendiri kat sini?
abah: sampai duit kau cukuplah. carik pembeli lagi sekarang utk tanah kat Batu 13.. bukan tanah lot lagi dah.. lokasi pon tip top plus ramai buyer carik tanah area tuh lps SKVE wujud dah.. laku nnti boleh dapat dah yg baru siap tempah nombor plat khas..hahaha.


*apakah? oh abahku, rasanya mmg x dak can la aku nak pegang kereta aku sendiri dan bawak untuk kegunaan semasa belajar. tak nak dah aku bergantung harap dengan orang lain kalau tertinggal bas, nek pergi settle urusan kat tempat yg x de kemudahan kenderaan awam.. hurm.. redha.

tapi mmg abah aku pernah cakap masa aku degree dlu, x payah la bawak kereta masa kau belajar, nk tampung duit minyak, kalau rosak tetiba kat tengah jalan, aku nnti mengelabah dan macam2 lagi.. so, terima sajalah ye wahai cik safiah oii...naik bas je lah kalau kau nak ke mana2 sekalipon.. huhuhu...