Wednesday 18 June 2014

Menantu Seberang Jalan (teaser 2)

"kenapa hantar rombongan mem'booking' tuh?"

"tak suka ke?"

"err...(haish mamat neh, aku soal dia, dia soal aku balik)"

"suka? sebab saya suruh."

"tak risau? kot-kot perempuan yang kau booking tuh penjenayah yang paling dikehendaki."

"dia penjenayah paling saya kehendaki rasanya."

"haishh. nonsense... cukup kenal ke dengan perempuan tuh?"

"kenal. dia ada kat depan saya sekarang neh."

"maksud aku, dah cukup kenal aku dah ke? aku pun tak berapa nak kenal kau sangat. bak kata pepatah orang-orang melayu, tak kenal maka tak cinta."

"ok, mari kita mula kenal each other. saya khairin."

Monday 16 June 2014

Menantu Seberang Jalan (teaser 1)

"acik nak tanya, kau dah ada yang booking belum?"


"booking?"

"haah. booking. dah ada yang punya belum?


"ohh. booking tuh. nak kena booking orang macam mana. boipren hat special pun non hado."

"ooo.. kalau belum lagi, anak acik yang sulung tuh nak booking kau."


"err???(tetiba acik neh bagi soalan tak boleh blah gini pasaipa?)"

"nanti kau balik kampung nak raya tak payah jalan jauh-jauh. tak payah gaduh-gaduh nak balik raya ikut giliran."

Saturday 17 May 2014

titipan kata kau

Seperti mentari akan hilang
mengikut jejakku
menghapus bayangmu
teruslah ku membawa cinta
jauh dariku
jauh darimu
dan tidak bisaku mengerti
semua terjadi
harus beginikini yang tinggal hanya
sisa-sisa kisah yang terindah
dan yang hitam tiba membawa derita
sejujurnya masih ada 
rasa cinta yang tak akan putus
kerna alasanmu untukku bahagia
seharusnya kau sedari
separuh jiwaku akan mati
yang tinggal hanya
alasan untuk bahagia

terima kasih lah ye, bagi lagu bagai
lain kali bagi kat aku doa ye..
sejujurnya, perasaan tuh dah hilang
bagi aku, baik dalam keadaan begini
berpisah bukan bermakna putus
kau masih boleh anggap aku macam keluarga
seorang adik
itu sahaja
deal...

Wednesday 7 May 2014

HUJAN

musim hujan dah start kat area semenanjung
Alhamdulillah, ini menandakan bekalan air tak akan mengalami gangguan
tapi, kena beringat, sebab mungkin bulan Julai nanti, start musim panas balik.

hujan
ada rahmat disebaliknya
hujan
ada bencana disebaliknya
bergantung kepada cara setiap orang menilai hujan

bagi aku,
hujan,
aku kena berselubung dalam selimut dengan berpakaian tebal sedikit
feeling macam dok negara yang ada musim sejuk pulak kan
ada alasan kenapa kena berkelakuan seperti itu
semuanya kerana nikmat kesihatan yang ditarik sedikit demi sedikit
memang dulu pernah kena dalam tempoh yang lama
masa upper six
sejak Jun 2008
sampai aku nak daftar masuk U dalam Jun 2009
setahun rasa sakit
lepas tu hilang tiba-tiba
dan tiba-tiba Mei 2014 serang balik
takpe lah, ujian
mungkin ada hikmah
mana la tahu sebab rasa sakit neh aku boleh kurus
macam masa aku form six
macam masa kena serang rasa ini

kali ini
tak tahu sampai bila ia menyerang
mungkin kurang tempoh setahun
mungkin lebih tempoh setahun
mungkin selamanya

tiada siapa yang tahu.

serius tulang belulang gua sekarang ni rasa nyeri
bukan sekejap
tapi lama
sungguh ini dugaan
lagi-lagi dalam masa tengah edit tesis
konsentrasi terganggu

apapun
sakit penghapus dosa
moga ada hikmah disebalik setiap apa yang terjadi
Aminn

Tuesday 29 April 2014

mini reunion girl hang out katanya

berbaju kurung, berkain batik menuju Green Box
(aku tak layak masuk Red Box sebab tuh tempat untuk retis ja)
boleh kan, tak salah.
sebab aku dah buat.
haha..
5 orang
3 isteri orang (2 mak budak)
2 gadis lagi
meriah, sebab semua sama kepala, kategori tingtong pon hado jugak...
baru 5 orang
belum lagi reunion bebudak sekelas
buat reunion bebudak sekelas pun aku yakin tak semua dapat datang
takpalah, mana yang ada masa itu pun cukup dah
boleh buat aku hilang tekanan
haruslah, duduk dalam kampus n mengadap assgmnt dgn tesis ja kadang boring juga
silap2 tekanan darah tinggi boleh dapat



terima kasih daun keladi, lain kali kita hang out lagi =)

Wednesday 23 April 2014

JANJI... JUJUR... SEPI.

JANJI
sering kau diungkap, tetapi sukar untuk ditepati

JUJUR
perilakumu, kata-katamu, diri kamu

SEPI
aku?


Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu disetiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biar aku rasa apa yang kau lalu

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

berbaring kita renung ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagi cinta tentang kita berdua
yang akan kita kenangi hingga tiba masa

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyumanmu lagi

mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi
mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi

KOTAK HATI
HUJAN

Friday 18 April 2014

SAYA TAHU, KAMI TAHU... suatu rentetan

rentetan dari status FB yang dah pun dipaparkan malam tadi



okay, x da la rentetan mana pun.

saya tahu, kamu sangat bersungguh-sungguh bila buat kerja kamu
saya tahu, kamu berusaha sehabis baik untuk letakkan diri kamu dalam senarai kebangsaan
saya tahu, ia menyebabkan kamu terlalu sibuk dengan jadual latihan yang padat
dan saya tahu, masa kamu sangat-sangat berharga walaupun sesaat.

saya tahu, kamu ada terima tawaran dari negeri dan pasukan lain
saya tahu, kamu ada bercita-cita bertukar angin
tapi, mak, ayah, keluarga awak dan saya tidak menyokong
kenapa?
kami takut kamu berubah
sebab kami perhati mereka yang bertukar angin ke sana lupa diri, sosial tinggi,
'WAGS' berkelas tinggi cantik lagikan bergaya
itu yang kami takut
itu yang saya takut

saya tahu, kamu seorang yang merendah diri walaupun sebenarnya kamu hebat
saya tahu, kamu tidak pandai bercakap dengan gaya yang formal bila ditemu bual sebab saya tahu itulah kamu
saya tahu, kamu disayangi penyokong kamu, walaupun perempuan. tak apa, saya faham
saya tahu, kamu boleh jaga diri, adab dan kehormatan kamu
dan saya tahu, kamu tak cepat berubah
walaupun itu yang kami semua takutkan

apa sekali pun
saya harap, kamu menjadi seorang yang dapat membanggakan keluarga, negeri dan juga negara
saya harap, kamu tak lupa mak, ayah, along, ngah, kak ema dan shah dalam setiap apa yang kamu lakukan
saya harap, juga berdoa agar kamu tidak pernah lupa Allah SWT, dalam setiap perbuatan yang kamu lakukan
saya harap, kamu bebas dari sebarang kecederaan yang teruk
saya harap, kamu terus bekerja bersungguh-sungguh menjadi nakhoda pasukan
saya harap, prestasi dan skil kamu bertambah baik hari ke hari
saya harap, kamu terus bermain sepenuh hati, bukan kerana wang
dan saya harap, kamu tak cepat berubah dan lupa diri

saya ikhlas
kami ikhlas
TerimaKasih 7