Friday 18 January 2013

LapanBelasJanuariDuaRibuTigaBelas

18/1/2013...
tamatlah pengajian semester 1, semester depan, dah kena bercinta dengan incik tesis. so, dari sekarang dah kena pupuk rasa cinta, kasih & sayang kat incik tesis dengan memulakan penulisan bab 1. kalau dulu, tesis degree aku boleh dibuat dalam tempoh masa yang cepat sebab aku rasa itu merupakan tesis yang sangat simple (aku ja yang dok tangguh2 jadi lambat), tapi sekarang, untuk tesis kali neh, aku kena kerja keras sikit. semoga semuanya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan segala urusanku.. Aminnn..

18/1/2013...
detik-detik terakhir merasai kemeriahan Kolej Keris Mas... siap malam2 buta, ada event badminton match kat gelanggang blok aku... kelas kau semah... hehehe...
mungkin sem depan, aku x rasa kemeriahan kolej neh lagi. tapi kalau ada masa, aku akan jenguk2 la kolej neh. makan yong taufu kat KKM ke.. sedap jugak yong taufu kat kolej neh.

18/1/2013
selamat menghantar semua tugasan2 dan take home exam. exam? tentu2lah dah settle.. result? errr.. terletak pada tangan pensyarah2 yang menanda (harap2 masa tanda kertas aku, mood pensyarah time tuh happy + tidak berada dalam keadaan atau situasi stress).. hehehhehe... (^.^)Y

18/1/2013
Assalamualaikum mak, abah.. semoga selamat perjalananku untuk pulang bertemu kalian =)


SELAMAT TINGGAL SEMESTER 1,
HELLO SEMESTER 2,
SELAMAT BERKENALAN WAHAI 3 SUBJEK YANG BAKAL AKU BELAJAR SEMESTER 2 NANTI,
HAI, ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA WAHAI PENSYARAH YANG BAKAL MENGAJARKU...

SEMOGA KITA BERTEMU LAGI WAHAI RAKAN SEKELAS SARJANA PROGRAM PENGURUSAN PERSEKITARAN SESI 2012/2013

Tuesday 15 January 2013

memang x dak harapan nak bawak sendiri

satu petang setelah pulang menjawab peperiksaan terakhir..

abah: anaknye, tanah lot yg kau cari pembeli tuh sukses.pembeli setuju nk on, opsyen dah settle dengan lawyer.
aku: ohooo.. alhamdulillah. eloklah tuh, nnti duit yg dapat tuh boleh betulkan kereta abah.. anaknye nk guna kereta anaknye tuh sem depan.
abah: kereta tuh x payah betulkan, beli je yang lain. baru dari kilang.
aku: beli lain? mana cukup lg abah.
abah: kumpul la sampai cukup, beli cash, x payah hutang2..
aku: dah tuh bila anaknya nak pakai kereta sendiri kat sini?
abah: sampai duit kau cukuplah. carik pembeli lagi sekarang utk tanah kat Batu 13.. bukan tanah lot lagi dah.. lokasi pon tip top plus ramai buyer carik tanah area tuh lps SKVE wujud dah.. laku nnti boleh dapat dah yg baru siap tempah nombor plat khas..hahaha.


*apakah? oh abahku, rasanya mmg x dak can la aku nak pegang kereta aku sendiri dan bawak untuk kegunaan semasa belajar. tak nak dah aku bergantung harap dengan orang lain kalau tertinggal bas, nek pergi settle urusan kat tempat yg x de kemudahan kenderaan awam.. hurm.. redha.

tapi mmg abah aku pernah cakap masa aku degree dlu, x payah la bawak kereta masa kau belajar, nk tampung duit minyak, kalau rosak tetiba kat tengah jalan, aku nnti mengelabah dan macam2 lagi.. so, terima sajalah ye wahai cik safiah oii...naik bas je lah kalau kau nak ke mana2 sekalipon.. huhuhu...