Saturday 17 May 2014

titipan kata kau

Seperti mentari akan hilang
mengikut jejakku
menghapus bayangmu
teruslah ku membawa cinta
jauh dariku
jauh darimu
dan tidak bisaku mengerti
semua terjadi
harus beginikini yang tinggal hanya
sisa-sisa kisah yang terindah
dan yang hitam tiba membawa derita
sejujurnya masih ada 
rasa cinta yang tak akan putus
kerna alasanmu untukku bahagia
seharusnya kau sedari
separuh jiwaku akan mati
yang tinggal hanya
alasan untuk bahagia

terima kasih lah ye, bagi lagu bagai
lain kali bagi kat aku doa ye..
sejujurnya, perasaan tuh dah hilang
bagi aku, baik dalam keadaan begini
berpisah bukan bermakna putus
kau masih boleh anggap aku macam keluarga
seorang adik
itu sahaja
deal...

Wednesday 7 May 2014

HUJAN

musim hujan dah start kat area semenanjung
Alhamdulillah, ini menandakan bekalan air tak akan mengalami gangguan
tapi, kena beringat, sebab mungkin bulan Julai nanti, start musim panas balik.

hujan
ada rahmat disebaliknya
hujan
ada bencana disebaliknya
bergantung kepada cara setiap orang menilai hujan

bagi aku,
hujan,
aku kena berselubung dalam selimut dengan berpakaian tebal sedikit
feeling macam dok negara yang ada musim sejuk pulak kan
ada alasan kenapa kena berkelakuan seperti itu
semuanya kerana nikmat kesihatan yang ditarik sedikit demi sedikit
memang dulu pernah kena dalam tempoh yang lama
masa upper six
sejak Jun 2008
sampai aku nak daftar masuk U dalam Jun 2009
setahun rasa sakit
lepas tu hilang tiba-tiba
dan tiba-tiba Mei 2014 serang balik
takpe lah, ujian
mungkin ada hikmah
mana la tahu sebab rasa sakit neh aku boleh kurus
macam masa aku form six
macam masa kena serang rasa ini

kali ini
tak tahu sampai bila ia menyerang
mungkin kurang tempoh setahun
mungkin lebih tempoh setahun
mungkin selamanya

tiada siapa yang tahu.

serius tulang belulang gua sekarang ni rasa nyeri
bukan sekejap
tapi lama
sungguh ini dugaan
lagi-lagi dalam masa tengah edit tesis
konsentrasi terganggu

apapun
sakit penghapus dosa
moga ada hikmah disebalik setiap apa yang terjadi
Aminn