Friday, 4 October 2013

akan ku jumpa

ku menerus langkahku
ku mengejar bayang-bayangmu
sinarkan ku cahaya dari matamu itu
ingin ku temu cinta untuk mengisi ruang hatiku
takkan pernah ku berhenti mencari.

Thursday, 3 October 2013

rehat otak 031013

sakit kepala teruk rasa seperti kepala otak dicucuk2 dalam frekuensi yang kerap  + loya + x sedap badan + penglihatan makin kabur
complete!!!
sebab banyak fikir kot, rasanya x da apa yang serius...
Insya'Allah....

Wednesday, 5 June 2013

bahagia sementara

bertemu setelah sembilan tahun terpisah,
cinta bertaut kembali setelah sembilan tahun tautan itu terlerai,
bernikah dan kehidupan ketika itu digambarkan seperti "happy ending after"
dan kembali ke Rahmatullah, membuatkan seluruh ahli keluarga merasa sedih.

aku berharap yang semuanya realiti tetapi tidak pada penghujung ringkasan cerita ini

tetapi

ternyata semuanya hanya mimpi
mimpi yang dikatakan sebagai mainan tidur
mimpi yang takkan menjadi realiti
yalah, mana mungkin orang yang telah pergi menemui Illahi hidup kembali

sebenarnya aku hampir dapat melupakan kau, tapi tiba-tiba kau pula muncul dalam mimpi.
apapun, terima kasih sebab gunakan medium mimpi sebagai kaedah untuk kita bertemu dan aku merasa sedikit perasaan bahagia walaupun hanya dalam tempoh 6 jam.

semoga kau tenang disamping pencipta

terima kasih.


Friday, 24 May 2013

Wednesday, 15 May 2013

kerana....

dek kerana taksub dengan dumbbell..
bahuku bertambah saiz..
okay, nampak besaq nak2 sekarang dah semakin bertambah saiz..
jadi, solusinya, start esok, kena pegi kelas x payah naik bas.. =D

(dumbbell jugak yang salah)

Wednesday, 8 May 2013

akhirnya..

5513 telah pun berlalu..
maka hidup warga Selangor (dan rasanya untuk satu Malaysia sekali sebab tersiarnya lagu neh kat tv) bebas dari lagu "sayangi Selangor yakini BN" yang sebelum ini menjadi halwa telinga setiap hari.
warga belia pula bebas dari menerima panggilan dari parti XYZ bertanya khabar pe ke bende ataupun sebarang SMS yang berunsurkan pujuk rayu kepada penerima SMS berkenaan untuk mengundi parti mereka.

apapun, tahniah parti pemerintah yang berjaya mendapat mandat perintah Malaysia untuk tempoh sepenggal ini.

tahniah PR dapat mendat dari rakyat selangor untuk tempoh sepenggal lagi.
(mungkinkah akan dapat menteri besar baru dan siapakah beliau?)

#saya sokong parti ABC, tapi sokong x semestinya saya pangkah parti ABC pangkah kan? hehehe..#

calon2 yang dah menang & dipilih rakyat dalam PRU13 neh, dah menang tuh, buat kerja betul2 untuk rakyat. jangan dok sibuk kumpul harta kekayaan, karang aku jadi pegawai SPRM, habislah ampa (tiada kompromi).