Wednesday, 5 June 2013

bahagia sementara

bertemu setelah sembilan tahun terpisah,
cinta bertaut kembali setelah sembilan tahun tautan itu terlerai,
bernikah dan kehidupan ketika itu digambarkan seperti "happy ending after"
dan kembali ke Rahmatullah, membuatkan seluruh ahli keluarga merasa sedih.

aku berharap yang semuanya realiti tetapi tidak pada penghujung ringkasan cerita ini

tetapi

ternyata semuanya hanya mimpi
mimpi yang dikatakan sebagai mainan tidur
mimpi yang takkan menjadi realiti
yalah, mana mungkin orang yang telah pergi menemui Illahi hidup kembali

sebenarnya aku hampir dapat melupakan kau, tapi tiba-tiba kau pula muncul dalam mimpi.
apapun, terima kasih sebab gunakan medium mimpi sebagai kaedah untuk kita bertemu dan aku merasa sedikit perasaan bahagia walaupun hanya dalam tempoh 6 jam.

semoga kau tenang disamping pencipta

terima kasih.


Friday, 24 May 2013

Wednesday, 15 May 2013

kerana....

dek kerana taksub dengan dumbbell..
bahuku bertambah saiz..
okay, nampak besaq nak2 sekarang dah semakin bertambah saiz..
jadi, solusinya, start esok, kena pegi kelas x payah naik bas.. =D

(dumbbell jugak yang salah)

Wednesday, 8 May 2013

akhirnya..

5513 telah pun berlalu..
maka hidup warga Selangor (dan rasanya untuk satu Malaysia sekali sebab tersiarnya lagu neh kat tv) bebas dari lagu "sayangi Selangor yakini BN" yang sebelum ini menjadi halwa telinga setiap hari.
warga belia pula bebas dari menerima panggilan dari parti XYZ bertanya khabar pe ke bende ataupun sebarang SMS yang berunsurkan pujuk rayu kepada penerima SMS berkenaan untuk mengundi parti mereka.

apapun, tahniah parti pemerintah yang berjaya mendapat mandat perintah Malaysia untuk tempoh sepenggal ini.

tahniah PR dapat mendat dari rakyat selangor untuk tempoh sepenggal lagi.
(mungkinkah akan dapat menteri besar baru dan siapakah beliau?)

#saya sokong parti ABC, tapi sokong x semestinya saya pangkah parti ABC pangkah kan? hehehe..#

calon2 yang dah menang & dipilih rakyat dalam PRU13 neh, dah menang tuh, buat kerja betul2 untuk rakyat. jangan dok sibuk kumpul harta kekayaan, karang aku jadi pegawai SPRM, habislah ampa (tiada kompromi).

Friday, 3 May 2013

kisah awal pagi

Jumaat.
4:41 pagi
pancuran air di bilik air berbunyi.
terfikir dalam hati (monolog dalaman berlangsung)
"waa.. awalnya mandi.. tuh budak2 (crew) dinner kolej baru balik postmoterm dinner sesi senior malam neh kot..huhuhuu.."
monolog dalaman dari arah lain berkata
"baik ang p tengok btoi2 orang ka menda lain"

haish... x mo nk fikir la.. baik aku lyn game Chelsea lwn Basel.. nak2 Chelsea tengah lead sekarang dengan aggregate 5 - 2..
#road to Amsterdam 4 Final Europa League#

Monday, 29 April 2013

retype edited: SALAHKAH AKU?

tak seindah hari-hari yang ku idamkan untuk bersamamu,
tiada lagi ruang di hatimu untuk ku curahkan segala apa yang ku rasa. tapi kau tak percaya.

siapa ku di hatimu?
hanya mengganggu hidupmu.

maafkanku, aku tak terdaya membahagiakan kamu.
tiba saatnya, ku kan pergi jua mengakhiri segalanya.

salahkah aku, hanya mahu menyintaimu?
salahkah aku, mendekati hatimu itu?
salahkah aku, sekadar menemani dirimu?
salahkah aku, ku tak bisa meninggalkanmu?

#theMuffins#

Tuesday, 2 April 2013

cerpen yang membuatkan aku tersembur ayaq liuq.

lama dah aku x menconteng arang kat blog neh..
k, beberapa hari yang lalu aku telah dipaksa untuk membaca novel. ya kategori dipaksa jugak sbb org tuh dh belikan & bg novel tuh soh aku baca & simpan.. okay, layankan jelah... novel tuh tajuk dia "AKU BUKAN BOLA"..
pusing la sendiri gambaq neh..

memang aku bukan bola..aku manusia.. hehehe... dan sehingga kini, novel tuh aku x abih baca lg. walaupun x abih baca lg, org tuh dok sarankan aku baca satu link kat penulisan2u yg tajuk dia "Tarian Cinta". nukilan yang sama dari penulis novel 'Aku Bukan Bola'.. ok, layankan je la sekali lg... katanya cerpen neh dia tersangatlah konfiden yang aku akan menggemari cerita kat cerpen tersebut.. dan link yang diberikan adalah seperti berikut: http://www.penulisan2u.my/2013/03/novel-tarian-cinta-1/

misi org tuh berjaya setelah aku dipaksa berkali-kali untuk membacanya. sedang aku baca dan baca dengan feel yg agak best (cerpen neh kelakar gak), tetiba ada petikan yang buat ayaq liuq tersemboq sbb... jeng..jeng..jeng.. (teruskan pembacaan anda pada link berikut untuk mengetahui kesudahannya)

k, tata...