Tuesday, 15 January 2013

memang x dak harapan nak bawak sendiri

satu petang setelah pulang menjawab peperiksaan terakhir..

abah: anaknye, tanah lot yg kau cari pembeli tuh sukses.pembeli setuju nk on, opsyen dah settle dengan lawyer.
aku: ohooo.. alhamdulillah. eloklah tuh, nnti duit yg dapat tuh boleh betulkan kereta abah.. anaknye nk guna kereta anaknye tuh sem depan.
abah: kereta tuh x payah betulkan, beli je yang lain. baru dari kilang.
aku: beli lain? mana cukup lg abah.
abah: kumpul la sampai cukup, beli cash, x payah hutang2..
aku: dah tuh bila anaknya nak pakai kereta sendiri kat sini?
abah: sampai duit kau cukuplah. carik pembeli lagi sekarang utk tanah kat Batu 13.. bukan tanah lot lagi dah.. lokasi pon tip top plus ramai buyer carik tanah area tuh lps SKVE wujud dah.. laku nnti boleh dapat dah yg baru siap tempah nombor plat khas..hahaha.


*apakah? oh abahku, rasanya mmg x dak can la aku nak pegang kereta aku sendiri dan bawak untuk kegunaan semasa belajar. tak nak dah aku bergantung harap dengan orang lain kalau tertinggal bas, nek pergi settle urusan kat tempat yg x de kemudahan kenderaan awam.. hurm.. redha.

tapi mmg abah aku pernah cakap masa aku degree dlu, x payah la bawak kereta masa kau belajar, nk tampung duit minyak, kalau rosak tetiba kat tengah jalan, aku nnti mengelabah dan macam2 lagi.. so, terima sajalah ye wahai cik safiah oii...naik bas je lah kalau kau nak ke mana2 sekalipon.. huhuhu...

Wednesday, 26 December 2012

terlalu jauh berfikir.

suatu malam yang x buta yang membuatkan sesetengah orang masih celik mengadap nota2, tetiba mesej berbunyi...
lalu diambil telefon itu dan dibuka.
bila dibuka, ini yang terbaca:

"nnti anak kita nk p hantaq sekolah mana? Khir Johari ke Aman Jaya?"

what? terlampau jauh kehadapan beliau memikirnya...
hahaha...



nak hantaq p sekolah Telok Panglima Garang boleh? =D

Monday, 24 December 2012

once again

senarai pemain yang dipanggil wakil negara dah keluar..
lalu aku pon tengok..
ehh..stop...
okay nama beliau tersenarai sekali lagi.
jadi,
hilang lagi masa untuk bersama...
btw,
good luck lah ye, jangan hampakan orang kampung...
hahaha...

Monday, 1 October 2012

persoalan?

pernahku tanya kepadanya mengapa DIA memilih AKU?
AKU pernah mempersoalkan kepadanya mengapa DIA tidak memilih ARTIS, MODEL atau mana-mana GADIS yang jauh lebih cantik dari AKU,sama seperti apa yang rakan-rakannya lakukan?
ya, AKU lihat, sudah menjadi trend rakan-rakannya memilih MODEL mahupun ARTIS.
DIA?
tersenyum dan berdiam sahaja.. mungkin DIA tidak mahu dirinya disamakan dengan rakan-rakannya...

Sunday, 30 September 2012

Bola itu Ball

Piala Sultan Selangor Ke-11 sudah pon tamat..
Alhamdulillah Selangor menang dengan 3 gol berbalas 1 setelah kali terakhir Selangor memenangi piala neh pd tahun 2008 yg lalu...
dan aku juga turut bertuah sebab dpt tgk live kat stadium Shah Alam apabila Beliau mengajak aku utk menyaksikan perlawanan ini bersamanya...
kagum ngan beliau sebab Beliau neh bukanlah peminat pasukan selangor, apetah lagi pemain selangor (lps neh akan ku pujuk Beliau untuk memilih Selangor, kot2 boleh main utk Selangor)..
tp Beliau kata, Beliau ingin menyaksikan perlawanan yg ada disertai pemain senior...
katanya bolehlah Beliau menimba sedikit ilmu dari corak permainan mereka...
selain beliau ingin berjumpa dgn rakan2 Beliau serta memberi sokongan moral kepada rakan2 Beliau yang bermain pada perlawanan tersebut...


Apapun, terima kasih  =)
terima kasih Mugen RR kerana membawa kami sampai ke Stadium Shah Alam dgn selamat & berjaya menempuh kesesakan...haha...

TAHNIAH SELANGOR...
VIVA SELANGOR....

Wednesday, 19 September 2012

kehidupan kampus kembali

masuk semula ke kampus untuk meneruskan pengajian... waa... adakah aku masih x letih @ serik untuk menjadi seorang mahasiswi yg rutinnya digelumangi dengan kuliah, tugasan, penulisan & peperiksaan???
haha..
bagi aku, ilmu tuh perlu dituntut selagi mana kita mampu.. insya'Allah aku mampu...

masuk blaja balik kat kampus neh, aku x bernasib baik utk dpt tinggal kat kolej lama.. ya, kolej pak berahim yaakub Ibrahim Yaakub atas alasan, x de kekosongan buat masa neh.. jadi aku decide utk apply dok kolej keris mas sajalah...nk try persekitaran baru.. main kejar2 bas bila nk pegi kuliah, join event yg happening sampai pening, dekat dgn stadium utk aku cuci mata beriadah bila berkesempatan.. buat masa neh, semuanya ok je...

sejujurnya, aku x penah terfikir pon nk dok KKM neh walaupon dulu rajin melepak kat KKM neh.. ya, kalau dulu, aku kerap pegi KKM sbb nk jumpa pengetua KKM, Dr Ruslin sbb beliau neh penasihat kelab yg aku join.. so sangat keraplah aku ke KKM utk jumpa pengetua, selain aku date jumpa dgn tapaware serta keluarganya pabila mereka sekeluarga dtk ke UKM.. oh ya, sebelum terlambat, kepada tapaware, sila tebas rambut kau yg mulai memanjang dan sememangnya sudah sedia semak sebelum tiba hari konbokesen kau nnti.. karang jeles canselor tgk rambut kau tuh nnti.. haha...

haha.. maka, sepanjang 1 semester sy akan dok kat KKM neh.. semester akan dtg, x sapa tahu aku... jadi, saya akan nikmati kehidupan kat KKM dengan hati yg ikhlas & .... juga mula tanamkan hasrat utk dpt 4.00 tiap sem dengan persekitaran pembelajaran di KKM yg sangatlah kondusif (x salah kalau berharap begitu)..
dan yang paling penting, AKU MAHU GOT (Grad On Time)... GOT tuh tersangat-sangatlah penting...

Friday, 17 August 2012

TASIK ITU

hari masuk opis yg sangat memboringkan.. sbb tinggal aku ngan PT seksyen aku ja yg tinggal kat opis neh... yg lain, dah selamat pulang ke kampung memasing..
aku? x de kampung jauh2, hari2 aku balik kampung.
so, balik awal, lepak tempat yg menjelmakan rasa rindu aku kat sorang kawan neh.
tasik putrajaya. stp kali dok situ, aku ingat kat kau Khalil. nak2 bila bulau puasa, lepak kat situ...
sbb ko yg bawak kami berbuka kat situ bila slh sorang kawan aku menyatakan hasrat nk pergi berbuka kat tasik tuh..

so, Khalil, get well soon... ada rezeki + umur aku masih panjang, jumpa lagi lah kita.