Friday, 17 August 2012

TASIK ITU

hari masuk opis yg sangat memboringkan.. sbb tinggal aku ngan PT seksyen aku ja yg tinggal kat opis neh... yg lain, dah selamat pulang ke kampung memasing..
aku? x de kampung jauh2, hari2 aku balik kampung.
so, balik awal, lepak tempat yg menjelmakan rasa rindu aku kat sorang kawan neh.
tasik putrajaya. stp kali dok situ, aku ingat kat kau Khalil. nak2 bila bulau puasa, lepak kat situ...
sbb ko yg bawak kami berbuka kat situ bila slh sorang kawan aku menyatakan hasrat nk pergi berbuka kat tasik tuh..

so, Khalil, get well soon... ada rezeki + umur aku masih panjang, jumpa lagi lah kita.

Thursday, 19 July 2012

kisah kementerian, budak sekolah & telefon bimbit

baru2 neh, keluar berita pasal budak2 sekolah boleh bawak telefon bimbit pegi sekolah.. maka dalam kepala aku, bila bebudak neh pergi sekolah nnti, dorang mesti show off henpon cecanggih...lps berita pasal boleh bawak henpon pegi sekolah tuh keluar, esoknya jugak bebudak sekolah bawak tepon sambil show off & mengatakan, kat berita bgtahu boleh bawak henpon pegi sekolah (bukti dari slh sebuah sekolah yang ada kat sekitar putraberjaya...huhu) aku yakin, kat sekolah2 len pon ada gak kes camneh.

"Lebih 90 peratus guru dan 80 peratus pemimpin sekolah tidak bersetuju cadangan Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah."
(sumber : Berita Harian, 19 Julai 2012)

ya..pendapat aku pon, aku x kan setuju dengan cadangan tuh walaupon cadangan tuh dikatakan boleh beri kesan positif kat student. sbb bagi aku, bawak henpon pegi sekolah akan ganggu proses pengajaran & pembelajaran..tahu..nnti cekgu dok mengajo kat depan, pelajar kat belakang sebok dok bertasbih (tup...tap...tup...tap... tekan henpon).

terfikir, kenapa kementerian usulkan cadangan tuh???

Wednesday, 6 June 2012

sama nama, lain edisi keluaran

bila sebut SUZUKI SWIFT...
mesti korang bayangkan kereta yang comel, berkilat, baru2, gah kat jalan raya...
dan aku pasti SUZUKI SWIFT yg korang bayangkan...


SUZUKI SWIFT yang baru...

ya, memang rata2 akan membayangkan seperti gambar di atas bila sebut SWIFT...
haha...
harga pon buat masa neh, x mampu aku nak bayar cash...
so, dapat model yang lama pon ok pe...

mesti ada yang menjeling sambil tersenyum sinis bila nampak keta gini kat tengah2 highway

yg neh Swift gak... cuma tulisan Suzuki Swift yg ada pada edisi 1997 material dia cam plastik rse, dan tulisan yg ada pada edisi yang terkini berharga sampai puluhan ribu *belum mampu untuk terbeli buat masa neh* material dia berkilat... huhu...

yang penting, pandu dengan cermat, jiwa pon selamat
&
elakkan hutang semasa membeli kenderaan, lebih2 lagi kalau anda tuh seorang pelajar (kalau parents korang support bolehla)...

(perlu masuk kelas memandu lagi setelah hampir 2 tahun aku x memandu...)

Saturday, 21 April 2012

biar mimpi jadi mimpi terus

adakah duit yang ada akan terbazir kat hot stuff neh?
 owh BB424X....
dalam mimpi sahaja aku mampu memilikimu....

Wednesday, 4 April 2012

gam jangan x gam

dalam minggu neh, kecoh pasal pengharaman lagu Zizan ngan Kaka di hentikan perkumandangannya kat redio2...
hohoo....
nape kalo lagu melayu yg dirasakan ada lirik yg timbulkan bermacam2 spekulasi, cepat je kne gam, tapi lagu orang putih yg terang-terangan lagi bersuluh x diharamkan dari ianya terus berkumandang kat redio2...
haih...
sbb kalo aku baca lirik lagu tuh, aku boleh andaikan lagu tuh suatu benda yg positif...mungkin dia lari ke luar negara siap bawak buku kaler merah mlm2 tuh, dia nk g keluar jadi sukarelawan ke... sapa tahu, sbb Malique kalo buat lagu, mmg makna lagu2 yg ditulis sangat tersirat

ok, lagu org putih yg lagi terang lagi2 lah bersuluh...amik 1 cth ja

There’s no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor
So keep in mind all the sacrifices I’m makin’
Will keep you by my side
Will keep you from walkin’ out the door


so, pihak yg terbabit da ambik tindakkan lom???

sampai sini ja la aku mampu taip...

Kisah Jasad dan Jiwa

DRAMA SEBABAK INI TIDAK MELIBATKAN MANA-MANA INSAN SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Mempersembahkan


################
BABAK 1
################
Di suatu malam yang sunyi, pak mat jual topi satu perbualan jarak jauh telah berlaku melibatkan Jasad dan Jiwa yang saling berjauhan antara satu sama lain

Jiwa : Jasad2, awak kat mana sekarang?
Jasad : Saya di Bangi sekarang ni awak...awak pulak kat mana sekarang?
Jiwa : Saya sekarang dah ada di Jalan Cempaka.

kisah ini telah membuktikan bahawa Jasad dan Jiwa berada dalam keadaan bercelaru, walhal sepatutnya Jasad dan Jiwa berada dalam keadaan bersatu bagaikan Nescafe dan CoffeMate... tetapi kisah ini membuktikan bahawa Jasad dan Jiwa kini tidak dapat bersatu seperti Minyak Cap Buruh dan Air Cap Loji Syabas, yang mana bila minyak dicurahkan ke dalam air sekalipun, ianya tidak akan sebati.

Friday, 30 March 2012

31 March tarikh selamatkan panda?


rasanya, semua dah sedia maklum yang Earth hour akan dibuat pada 31/3/2012, dari jam 8:30malam sampai 9:30malam... dan semua sedia maklum, bekalan elektrik di sesetengah tempat akan diputuskan... rasanya UKM pon x de elektrik dalam masa sejam tuh (sebagai tanda sokongan katanya)...
kalau sebelum2 neh, aku meraikan Earth Hour tuh kat rumah... dalam gelap pon kami sekeluarga akan membakar lilin atau sentir(pelita dalam bahasa kaum kerabat) untuk menerangi seluruh ruang tempat kami berkumpul, kemudian, akn ada acara main2 bayang2 berlangsung sepanjang satu jam tuh...
tapi tahun neh, aku akan menyambut Earth Hour berseorangan kat dalam bilik disebabkan permohonanku untuk balik rumah x diluluskan... rumate pon x de sbb cuti awal gara2 chicken chop chiken pox...
hurmmm...sorang2 ler aku dlm gelap..(jawapan dari org yg berfikir kedepan : x pe, ade yg temankan... malaikat pencatat kau kan sentiasa ada kat sisi kau)... yolah..

baiklah, berbalik kepada motif asal, kenapa setiap tahun perlu adakan EARTH HOUR?
ok, earth hour neh diadakan sebagai tanda sokongan penduduk dunia dalam mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yang dijana oleh arang batu... penjanaan ini akan menyebabkan pemanasan global berlaku... camne boleh berlaku? sila ambik subjek Climate Change bawah course subject aku...

Boleh ke EARTH HOUR neh membantu mengubah fenomena pemanasan global?
ok, bagi aku, mmg la kalau kita buat menda neh, x kan dapat ubah 100% kejadian pemanasan global neh menjadi lebih baik... kalau nk cegah kejadian pemanasan global, sepatutnya sebelum era(zaman) perindustrian dulu manusia kena buat.. nk buat sekarang mmg dikira agak terlambat... tapi, sekurang2nya, dgn cara kita bagi sokongan kat program Earth Hour neh, kita dapat kurangkan penjanaan tenaga elektrik selama sejam... bayangkan satu dunia x guna elektrik selama sejam... SATU DUNIA OKAY... jadi bermakna, pembebasan tenaga dari aktiviti penjanaan elektrik dapat dikurangkan..

oklah, nk story lebih2 pon, aku bukan reti sangat... blaja subjek Climate Change pon x khatam lagi...
jadi, sebagai tanda sokongan, padamkan lampu atau sebarang sumber elektrik selama satu jam bagi mengurangkan pembebasan tenaga hasil penjanaan elektrik yang diketahui tenaga yg dibebaskan ini akan menyebabkan terjadinya pemanasan global...

jangan jangan takut lagi
jangan jangan takut gelap
ku bukan orang yang takut gelap
jangan jangan takut gelap...
dok dalam gelap cuma sejam je
oh kalau betul sayang bumi dok diam dalam gelap tu
oh jika betul cinta bumi sila2lah sokong
oh jika ampa x sokong, makin panaslah bumi


tajuk lagu : JANGAN TAKUT GELAP
lagu asal : Jangan Takut - Nidji
motif digubah : sbb time neh tgh ting tong dgn FYP...