Wednesday, 7 March 2012

sibuk, menyibuk, buat-buat sibuk?

I NEED AN EXTRA JOB

ye, memang pon... untuk memudahkan aku melupakan memori yang tak sepatutnya aku ingat...
ya, aku dah dapat extra job tuh..tp x de upah (asalkan aku mem'bz'kan diri)
pergi ke Terengganu untuk menjaga telur-telur penyu serta penyu bertelur....

sumber: dari incik gugel


kerja2 lain yg sedang dilakukan:
1- edit balik tesis dari bab 1(nasib baik sikit je yg perlu diedit), bab 2 (tukar cara ulasan, bukan memuntahkan balik kajian orang) ngan bab 3(nanti2 ler edit)
2- lyn movie citer lagho (bila masa wujud muvi2 kat PHD aku?)
3- menghapus memori (format balik memori kat dlm otak)
4- potong bawang berjam-jam sampai mate berair (bila masa pulak wujudnya bawang?)
5- date dgn incik stadium ukm atau incik tasik kejut lps subuh 3 kali seminggu (kne bangun awal)

dan aku x kisah kalau esok, ada classmate aku tegur pasal mata sembab, mata panda, muka baru bangun tido, mata bengkak dan yang seumpama dengannya...

Tuesday, 6 March 2012

lagu yang sedang memerli aku

aku yang mengejar bayang cinta
kian terbiar
terpendam keta tak terungkap selamanya

pedihnya hanya aku yang merasa
mahu memilikinya
aku hanya hamba cinta

bisik hatiku lepaskan dirinya
sungguh aku tak bisa
biarlah ku sendiri
tanpa kasih dihati
aku tak mampu pertahankan lagi
cinta yang menyakiti
biarlah aku pergi
tiada hampa dihati

pedihnya hanya aku yang merasa mahu memilikinya
aku hanya hamba cinta

bisik hatiku lepaskan dirinya
sungguh aku tak bisa
biarlah ku sendiri
tanpa kasih dihati
aku tak mampu pertahankan lagi
cinta yang menyakiti
biarlah ku pergi tiada hampa dihati

aku yang mengejar bayang cinta
#SHAHIR-PENDAM#

ye.. memang lagu neh sedang memerli perasaan aku..
bahkan, bukan lagu neh je, banyak lagi lagu lain yang kini sedang memerli aku...
bak kata yuna:
DAN LAGU-LAGU DI RADIO SEOLAH-OLAH MEMERLI AKU
#FOREVERALONE SEKALI LAGI#


#END#

Monday, 27 February 2012

GADIS DAN DUMBBELL

“kau selalu guna dumbbell, x takut lengan jadi besar ke?”

Tu la pertanyaan rakan2 gadisku bila ternampak kewujudan dumbbell d bilik aku. Dan jawapan aku mudah

“memang lengan aku dah sedia besar pun.”

Aku rasa, ada je gadis-gadis lain exercise guna dumbbell. Kat gim macam la x penah nampak orang perempuan guna dumbbell. Nak2 dekat fitness first. X pun, dekat gim, gadis yang teruja nak cuba semua menda kat dalam gim tu, sah2 dorang turut teruja nak main dumbbell tu.

Tapi exercise menggunakan dumbbell ni ada manfaatnya terutamanya kepada otot. Dengan penggunaan yang betul, latihan menggunakan dumbbell dapat meningkatkan daya tahan otot, dapat membina kekuatan otot, membantu membina kepadatan tulang(berserta dengan pengambilan kalsium yang mencukupi), dan yang ni aku yakin, para gadis gerenti suka, dapat membentuk tubuh yang lebih cantik & membantu mengurangkan lemak pada tubuh. Itu pun kalau dilakukan dengan cara yang betul dan sistematik. Disarankan lakukan sebanyak 2 hingga 3 kali dalam seminggu.

dumbbell yang comel2 je... x de yang berat2...


Tapi org perempuan x digalakkan guna dumbbell yang beratnya lebih dari 5kg.. karang terlebih otot plak yang terbina. X pasal tergugat para jejaka bila tengok otot yang korang ada. hehe…


**kalau x payah guna dumbbell pun x pa, angpa boleh guna beban lain cam angkat 1 guni beras 5 kg ka..kalau rasa berat sangat, angkat la 1 bungkus gula 1kg tu, buat ala-ala senaman menggunakan dumbbell.

Friday, 24 February 2012

x kan menjadi kenyataan

x sampai seminggu pon sesi pengajian utk semester 2 bermula...
tapi...
aku dah terasa cam nk balik tetiap minggu...
kalo boleh nk balik tetiap hari(baik x yah dok kolej kalo nk balik tetiap hari)



home sweet family (apekebetoi ayat aku neh)

Thursday, 19 January 2012

angkara politik, ape pon x boleh.....

baca khutbah jumaat utk seru supaya x join buta perkara2 yg boleh memudaratkan pon kne gantung?
nasihat org x join demo2 kne gantung...
haih...
politik2...
membelakangkan nasihat kedamaian utk kepentingan politik
kata parti ISLAM...
ISLAM ada ajar umatnya buat mende2 yg boleh memudaratkan @ menyusahkan org awam ke?


Friday, 6 January 2012

apa yang bermain di benak fikiranku

bulan2 peperiksan untuk mahasiswa/i di seluruh Malaysia (mungkin)
aku nak ucapkan all the best untuk semua yang sedang menduduki peperiksaan semester sekarang...

 x kisah la siapa anda...
seorang pelajar yang tiap2 sem dpt anugerah dekan...
ataupun
seorang pelajar yang tiap2 sem kena perli ngan lectrr, kuarga atau kawan2 sbb slalu dpt pointer yang x memuaskan
luarannya kita tetap sama...
MANUSIA..
cuma yang membezakan kita adalah arah tuju kita pada masa hadapan...
semuanya terserah kepada diri kita...
tingkahlaku kita sekarang merupakan petunjuk siapa dan bagaimana kita pada masa hadapan...

Thursday, 5 January 2012

EXAM DIARY 2012 part 1

preparation for first paper...

gini hah...
yola, first paper.. nebes..
tuh yg x teratur tuh...

maka ini dok study la pasal Akta 172, Akta Perancangan Bandar & Desa...
dok ingat bahagian III, seksyen 7, 9, 10, dgn kurungan2 berapa dah...
dah supo student law lak nak dok hapai akta2 neh...
pahtu study pasal teori ketidakseimbangan pembangunan wilayah...
dah rse cam seorang PERANCANG BANDAR pon hado jugok...
haha... angan2 blaka semuanya tuh...


preparation for second paper...

agak tersusun sikitla...
kurang nebes..
tapi jawab exam ntah macam hape ntah...

aku dok study pasal renewable energy, green tech, green building index,konsep kemudahterancaman menurut pandangan pakar....
Mitchell(1989): potensi utk dilukakan
Bankoff(2004): merupakan satu konsep yg mengaitkan hubungan bahawa manusia mempunyai persekitaran mereka yg mmpengaruhi keadaan sosial srta institusi & nilai budaya mereka.
Timmerman(1981): sejauhmana sesuatu sistem bertindak buruk dgn berlakunya peristiwa bahaya. Tahap & kualiti tndk bls yg lebih bersifat menentang oleh sstm utk serap & pulih drpd kjdian itu.
UNEP(1999): kemudahterancaman bkn shj terima rangsangan, ttpi kbolehan utk menyesuaikan diri dgn keadaan perubahan iklim.
Cannon(1994): pengukuran darjah & jenis pendedahan kpd risiko yg dihasilkan oleh msykt yg berlainan, yg berkait kpd bahaya ciri2 individu & kumpulan orang2 yg mendiami ruang persekitaran, sosial, dan ekonomi.

hado yg sanggup hapai?
alih2 tgk soalan x macam apa yg dijangkakan bentuknya...
maka, aku pon jawab ikut pe yg aku paham...


x kesah la ape pon aku jwb...
adakah hasrat aku nak capai Anugerah Dekan sem neh tercapai??
ataupon aku hanya mampu capai anugerah alur ilmu? x pon anugerah tasik kejut???
nantikan utk paper yg seterusnya....


ingat, result exam dengan usaha sendiri adalah lebih berkat berbanding result exam yg cemerlang, tapi bukan dari usaha sendiri... fikir-fikirkan...